comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, meneruskan kenaikan, seiring dengan negara serantaunya, mengambil petunjuk daripada prestasi kukuh Wall Street semalaman dalam persekitaran pendapatan korporat yang positif, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.92 mata lebih tinggi kepada 1,583.58.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 182 berbanding 167, manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,686 kaunter tidak diniagakan dan 74 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 166.42 juta unit bernilai RM105.10 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street meneruskan aliran menaik dirangsang oleh laporan pendapatan korporat yang kukuh dengan Tesla menjadi faktor utama selepas ia melepasi halangan pertama untuk teknologi pemanduan kendiri sepenuhnya di China.

Bagaimanapun, perubahan antara saham-saham teknologi adalah ketara dengan pendapatan McDonald, Coke dan Amazon masih belum diumumkan.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) naik 146 mata manakala Nasdaq meningkat 55 mata apabila hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.612 peratus, katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini