comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Emas kekal pelaburan baik jangka panjang meskipun harga lepasi RM330 segram

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Emas kekal sebagai pelaburan yang baik untuk jangka panjang meskipun harganya kini sudah mencecah lebih RM330 segram minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, Mohd Faizal Mohd Nor, berkata berbeza dengan kelas aset yang lain, emas terbukti berjaya mengekalkan nilai intrinsik dan kestabilannya sejak sekian lama.

“Saya percaya emas akan terus memainkan peranan sebagai pengimbang portfolio kekayaan sesebuah ekonomi, sama ada dalam konteks individu, isi rumah, mahupun sebuah negara,” katanya kepada BH.

Mohd Faizal berkata, peranan emas terbukti dengan permintaan runcit yang meningkat 2023, malah permintaan daripada bank-bank pusat seluruh dunia turut melonjak tahun lalu.

Katanya, menurut data yang dikeluarkan oleh Majlis Emas Dunai (WGC), bank-bank pusat seluruh dunia telah menambah rizab emas sebanyak 39 tan hanya pada Januari 2024, diketuai oleh bank pusat Turki.”Saya percaya banyak negara telah menyusun strategi jangka sederhana dan panjang untuk mempelbagaikan rizab simpanan mereka.

“Mereka tidak boleh bergantung pada dolar Amerika Syarikat (AS) semata-mata yang mana ia telah dijadikan sebagai senjata untuk melemahkan ekonomi sesebuah negara yang tidak sebulu dengan mereka.”Apa yang dilakukan oleh AS ke atas Russia ketika ini perlu dijadikan pengajaran kepada negara-negara lain bahawa mereka perlu mengurangkan kebergantungan rizab mereka terhadap dolar AS.

Saya berharap langkah yang sama juga dibuat oleh bank negara kita,” katanya.Dengan prospek cerah emas, beliau menegaskan, aset selamat itu berpotensi cerah untuk mencecah paras AS$2,300 (RM10,852.20) seauns atau RM348.90 segram, paras tertinggi sepanjang masa sekiranya Rizab Persekutuan (Fed) AS menurunkan kadar faedah pada suku ketiga tahun ini.”Untuk jangka pendek saya rasa tidak emas akan mencecah AS$2,300 seauns,” katanya.

Khamis lalu, harga emas pukal melonjak ke paras tertinggi selepas dolar ASdan hasil bon berada pada paras lebih rendah ekoran langkah Fed mengekalkan unjuran tiga pemotongan kadar faedah tahun ini.

Kadar faedah yang lebih rendah mengurangkan kos peluang untuk pegangan emas bukan hasil dan menjejaskan dolar AS, menjadikan logam berharga itu lebih murah untuk pelabur yang memegang mata wang lain.

Spot emas naik 0.8 peratus kepada AS$2,203.84 (RM10,438.90) setiap auns atau RM335.62 segram, setakat 0153 GMT, selepas mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada AS$2,222.39 (RM10,526.80) atau RM338.44 segram pada sesi dagangan awal.Niaga hadapan emas AS melonjak 2.1 peratus kepada AS$2,206.30 (RM10,450.50) atau RM335.99 segram.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini