comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

MYStartup tetingkap tunggal ekosistem syarikat pemula Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensinya, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) melancarkan platform MYStartup sebagai tetingkap tunggal bagi ekosistem syarikat pemula atau ‘startup’ di Malaysia.

Menterinya, Chang Lih Kang, berkata pengenalan MYStartup adalah usaha kerajaan untuk mengemudi landskap syarikat pemula di Malaysia dan menggalakkan pertumbuhan ekosistem yang boleh diskala, inklusif dan mampan.

Katanya, platform yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) itu akan berfungsi sebagai platform sehenti yang menghubungkan semua pihak berkepentingan dalam ekosistem syarikat pemula di negara ini.

“MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi seperti pencerahan dan sumber maklumat mengenai permulaan dan perkembangan syarikat pemula.

“Selain itu, ia menyediakan pangkalan data menyeluruh tentang semua syarikat pemula di Malaysia dan firma modal teroka (VC), mengandungi maklumat penting mengenai pembiayaan, butiran perniagaan dan status pengumpulan dana aktif yang dikemaskini secara berkala.

“MYStartup AI juga mengemudi pertanyaan berkaitan ekosistem startup Malaysia,” katanya ketika melancarkan MYStartup di Sidang Kemuncak KL20 2024 di sini, hari ini.

Lih Kang berkata, ciri baharu itu juga membolehkan proses lancar dan teratur yang memantapkan kecekapan serta keberkesanan serta mengurangkan birokrasi.

Katanya, komitmen kerajaan untuk memupuk perniagaan yang lancar di mana setiap usahawan pemula boleh berkembang dan berdaya saing.

“Syarikat pemula di Malaysia bukan hanya sekadar angka, ekosistem ini akan terus berkembang dengan hampir 4,000 syarikat yang menjadi nadi inovasi dengan penilaian keseluruhan melebihi AS$5 bilion (RM23.89 bilion) ketika ini.

“Oleh itu, pelancaran platform MYStartup sebagai tetingkap tunggal adalah asas penting dalam perancangan strategik bagi mendorong Malaysia terus maju ke hadapan dan menjadikan negara ini salah sebuah ekosistem syarikat pemula terbaik dunia.

“Platform ini dilengkapi dengan teknologi AI dan akses yang lancar kepada pelbagai data mengenai syarikat pemula, pencerahan dan analisis, serta sumber yang menyokong perkembangan syarikat pemula,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini