comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Permodalan pasaran cecah RM2 trilion, tertinggi dalam sejarah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Prestasi kukuh saham tempatan selama empat hari berturut-turut, menyaksikan permodalan pasaran mencecah lebih RM2 trilion, buat pertama kali dalam sejarah.

Indeks FBM KLCI yang melepasi paras rintangan 1,600 mata, juga dijangka terus mencatatkan prestasi tinggi, dipacu sentimen domestik yang semakin baik.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, harga-harga saham yang tersenarai dalam indeks FBM KLCI masih lagi dianggap sebagai terkurang nilai.

“Justeru ini menunjukkan terdapat potensi kenaikkan harga saham-saham di Bursa Malaysia kepada harga saham pada masa akan datang. Ini sudah pasti mewujudkan suatu minat belian di kalangan pelabur.” katanya.

Senada dengan sentimen ini, Rakuten Trade menjangka aktiviti belian akan berterusan memandangkan peningkatan pelabur disokong aliran masuk dana asing yang kukuh ke rantau ini.

Ia juga dibantu penilaian yang menarik dan pelaburan asing yang berterusan, walaupun terdapat potensi pengambilan untung.

Rakuten juga menjangka FBM KLCI boleh meningkat sehingga 1,620 mata minggu ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini