comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Syarikat dari China berminat tubuh pusat data di Malaysia

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat China berminat untuk menubuhkan pusat data di Cyberjaya dan Johor, Malaysia.

Selain pusat data, Pemangku Pengarah Eksekutif, Majlis Perniagaan Malaysia-China,Datuk Alvin Tee berkata, industri semikonduktor Malaysia juga menerima manfaat daripada perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

“Meskipun ekosistem industri semikonduktor di Pulau Pinang itu sangat bagus, namun apabila kita bercakap mengenai pelabur dari China, mereka sangat pintar dan jauh mendahului kita. Justeru, kita harus pastikan apabila pelabur China masuk, sumbangan kepada KDNK negara harus munasabah.” kata beliau ketika ditemui pemberita pada Forum Malaysia–China di sini.

Beliau berkata infrastruktur di Malaysia yang kukuh serta tenaga kerja mahir menjadikannya destinasi yang menarik untuk pelaburan digital.

Terdahulu, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata China adalah rakan dagang yang terbesar Malaysia bagi tempoh 15 tahun.

Tahun lalu, nilai perdagangan dua hala dua negara ini mencecah RM450 bilion dengan nilai import dari China merekod RM258 bilion.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini