comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Jenazah Jaafar Onn akan dikebumikan di Muar

SERDANG: Suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Idris Shah Serdang, di sini, hari ini tatkala jenazah pelakon, pelawak dan pengacara, Allahyarham Jaafar Onn dibawa pulang dengan menaiki van jenazah kira-kira jam 3.15 tadi.

Allahyarham Jaafar atau nama sebenar, Jaafar Onn Awang, 73, dibawa ke Masjid Jamek Al Firdaus Tanjung Gading, Muar, Johor dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran selepas solat tarawih, malam ini.

Antara hadir memberi penghormatan terakhir termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan beberapa rakan artis.

Yang turut hadir, penyanyi era 1980-anm Datin Salwa Abdul Rahman dan Datuk Azizul Khamis, Haiza Hanafi, Zack Kool, Azian Mazwan Sapuwan dan Mazin Anisa Siraj.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham Jaafar pada jam 11.32 pagi tadi disahkan oleh anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.

Sebelum itu, arwah ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan ketika membuang air besar.

Allahyarham juga mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini