INDIA: 29 pemberontak Maoist terbunuh dalam pertempuran dengan tentera India di Chhattisgarh.
Pertempuran berlaku di daerah Kanker di mana undian bagi fasa kedua bagi pilihan raya umum India bakal di adakan pada 26 April nanti
Serbuan dilakukan pihak tentera selepas menerima risikan berhubung kehadiran pemberontak Maoists di daerah Kanker
Pertempuran turut mengakibatkan tiga anggota tentera cedera
Pemberontak Maoist dilaporkan menentang kerajaan dan berjuang untuk petani bagi memberikan golongan itu lebih kuasa ke atas tanah mereka sendiri
Antara lain termasuk lebihan tuntutan ke atas sumber galian di kawasan itu yang kini dieksploitasi oleh syarikat besar perlombongan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.