comscore
Tumpuan :
Dunia

7 maut insiden bot karam di Odisha

INDIA: Tujuh maut dalam insiden bot karam di Odisha, India.

Mayat yang ditemui adalah tiga kanak-kanak dan empat wanita.

Ketika kejadian bot terbabit membawa kira-kira 50 penumpang dari sebuah kuil di daerah Bargarh.

Ia kemudian karam di Sungai Mahanadi di daerah Sarada Ghat.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Operasi pencarian masih diteruskan setakat ini dan punca kejadian masih dalam siasatan – NDTV / REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini