comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua terbunuh selepas pesawat kargo terhempas di Alaska

Pesawat Douglas DC-4. FOTO: Wikipedia

SAN FRANCISCO: Sebuah pesawat kargo Douglas DC-4 terhempas di tengah Alaska pada Selasa, menyebabkan dua orang di dalam pesawat itu terbunuh, kata pihak berkuasa.

Pesawat itu berlepas pada waktu pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks dan terhempas kira-kira 11km dari sana, terbakar di bukit curam di tebing sungai dan mengeluarkan “kepulan asap yang besar” lapor Xinhua yang memetik laporan Associated Press yang dimaklumkan oleh pasukan polis Alaska.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) telah menghantar penyiasat ke tapak itu, kata Ketua Pejabat Serantau NTSB di Alaska, Clint Johnson. Masih tidak jelas apa yang berlaku semasa pelepasan dan nahas, kata Johnson dipetik oleh Fox TV Digital.

Maklumat lanjut seperti tujuan dan destinasi kargo itu masih belum diperoleh. DC-4 adalah pesawat pacuan empat enjin yang bermula sejak awal 1940-an.  — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini