comscore
Tumpuan :
Dunia

Dubai dilanda banjir, operasi penerbangan DXB terjejas

FOTO: Reuters

DUBAI: Hujan lebat berterusan mengakibatkan bandar raya Dubai, Emiriah Arab Bersatu, UAE dilanda banjir kilat.

Antara yang terjejas adalah operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, lapangan terbang paling sibuk di dunia.

Banjir mengakibatkan operasi di lapangan terbang terbabit ditutup sementara kira-kira 25 minit.

Dalam pada itu, laman sesawang Flydubai menunjukkan kesemua pesawat yang berlepas dari lapangan terbang itu ditangguhkan sehingga pagi ini manakala pesawat yang tiba ke Dubai pula dilencongkan ke lapangan terbang lain sehingga cuaca kembali reda.

Pusat Meteorologi Kebangsaan UAE memaklumkan cuaca diramal berterusan sehingga hari ini dengan satu lagi gelombang ketidakstabilan cuaca dijangka melanda seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini