comscore
Tumpuan :
Dunia

EU setuju luas sekatan ke atas Iran

FOTO: REUTERS

LUXEMBOURG: Kesatuan Eropah (EU) pada dasarnya bersetuju meluaskan sekatan ke atas Iran, rentetan tindakan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu republik itu ke atas Israel.

Menurut Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, perkara itu dipersetujui mesyuarat Menteri Luar blok berkenaan.

EU sebelum ini mengenakan beberapa pusingan sekatan ke atas Iran atas pencabulan hak asasi manusia, isu nuklear dan pembekalan dron kepada Rusia.

Namun beberapa negara anggota mahu ia merangkumi aspek peluru berpandu dan pemindahan kepada tentera proksi.

Blok itu bersetuju meluaskan sekatan merangkumi aspek dron, peluru berpandu dan potensi pemindahan kepada Rusia, rejim dron sedia ada, bagi mengenakan sekatan ke atas Iran.

Aspek lain termasuk sistem sama yang dikenakan ke atas Rusia, melibatkan penghasilan peluru berpandu.

Kedua, meluaskan kawasan geografi rangka kerja merangkumi penghantaran dron dan peluru berpandu bukan sahaja kepada Rusia namun kepada seluruh rantau asia barat dan laut merah.

Ketiga, sekatan itu juga merangkumi peluasan senarai komponen dron yang dilarang.

Mesyuarat sama turut menyentuh isu bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini