comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.

Berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- BERNAMA

Dalam pada itu menurut Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan, gegaran yang paling kuat ialah pada magnitud 6.3 yang dikesan di timur Hualien.

Gempa kuat pertama – magnitud 5.5 – melanda pada 5.08 petang, Isnin.

Ia boleh dirasai di ibu kota Taipei.

Itu diikuti dengan beberapa siri gegaran susulan dan gempa bumi, dengan dua gegaran kuat melanda satu demi satu kira-kira 2.30 pagi Selasa.

Pentadbiran Cuaca Pusat memaklumkan, gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda pada 2.26 pagi, diikuti enam minit kemudian dengan gegaran magnitud 6.3.

Pemantauan Geologi Amerika Syarikat meletakkan yang pertama pada magnitud 6.1, diikuti dengan magnitud 6.0.

Berpuluh-puluh lagi gegaran kecil direkodkan oleh Pentadbiran Cuaca Pusat sepanjang malam, dengan gegaran baharu setiap beberapa minit, menurut laman webnya – semuanya di wilayah Hualien. – Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini