comscore
Tumpuan :
Dunia

Khemah perlindungan terakhir turut jadi sasaran rejim Israel

FOTO: Reuters

GAZA: Khemah yang juga tempat perlindungan terakhir rakyat Palestin di Rafah menjadi sasaran serangan udara rejim Israel pada Isnin.

Menurut penduduk Palestin, serangan udara Israel di Rafah menyebabkan kerosakan pada khemah serta kemudahan yang ada.

Bagaimanapun, jumlah kemalangan jiwa atau cedera belum dapat dikenalpasti.

FOTO: Reuters

Salah seorang saksi berkata, seorang penduduk Rafah menerima panggilan amaran daripada tentera Israel memintanya memberitahu orang ramai meninggalkan kawasan itu kerana pesawat perang akan melancarkan serangan.

Susulan itu penghuni penempatan sementara berkenaan sekali lagi terpaksa meninggalkan lokasi didiami dalam keadaan sehelai sepinggang dan mencari lokasi lain untuk berlindung.

Sehingga kini, keganasan rejim mengakibatkan lebih 2.3 juta penduduk di Palestin kehilangan tempat tinggal.

Manakala lebih 1 juta rakyatnya kini tinggal di pusat perlindungan atau di dalam khemah dan kotak kadbod di kawasan paling selatan, Rafah bersempadan Mesir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini