comscore
Tumpuan :
Dunia

Komander perang Hizbullah antara 3 maut dalam serangan di Lubnan

AIN EBEL: Tiga orang terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di selatan Lubnan.

Menurut tentera rejim, operasi yang dilancarkan mereka turut mengorbankan komander perang Hizbullah, Ismail Baz.

Perkara terbabit turut disahkan oleh Hizbullah namun tiada butiran lanjut didedahkan.

Namun, tentera rejim mendakwa Ismail terkorban dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah kereta berhampiran bandar Ain Ebel.

Ismail antara anggota Hizbullah yang bertanggungjawab merancang serangan roket terhadap fasiliti persenjataan rejim Zionis sebelum ini.

Dalam pada itu, dua lagi mangsa terkorban menerusi serangan udara Israel di bandar Chehabiyeh. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini