comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Michelle Yeoh terima anugerah Pingat Kebebasan Presiden AS


WASHINGTON: Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh menerima penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) iaitu Pingat Kebebasan Presiden daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada majlis rasmi di Rumah Putih di sini, hari ini.

Pingat itu diberi atas kejayaan bintang berusia 61 tahun itu muncul warga Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95, tahun lalu, lapor agensi.

Yeoh melakar sejarah apabila diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Oscar menerusi filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO).

Pingat Kebebasan Presiden dianugerahkan kepada orang awam dan anggota tentera yang tidak terhad kepada rakyat AS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini