comscore
Tumpuan :
Dunia

Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia

JAKARTA: Pengasas jenama Mustika Ratu dan Yayasan Puteri Indonesia (YPI), Mooryati Soedibyo meninggal dunia hari ini.

Memetik laporan portal Kompas, Mooryati, 96, juga ialah ibu kepada ahli Majlis Penasihat Presiden (Wantimpres), Putri Kuswisnuwardhani.

Duta Khas Presiden bagi Pembasmian Kemiskinan dan Kerjasama Keselamatan Makanan, Muhamad Mardiono mengesahkan berita kematian itu.

Menurutnya, dia menerima berita itu daripada Putri Kuswisnuwardhani, awal pagi hari ini.

“Saya menerima berita sedih ini daripada Putri pada 1.44 pagi,” katanya.Menerusi berita yang disampaikan Putri, dijelaskan Mooryati Soedibyo meninggal dunia kira-kira 1 pagi.

Jenazah Mooryati akan dibawa ke rumah di Menteng, Jakarta Pusat.Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Tapos, Bogor, selepas tengah hari ini.

Selain aktif dalam sektor perniagaan dan pakar kecantikan, Mooryati Soedibyo juga pernah menjadi anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia antara 2004-2009.

Selain itu, wanita yang mempunyai hubungan dengan Istana Solo ini turut tersenarai dalam senarai 99 Wanita Paling Berpengaruh di Indonesia pada 2007 oleh majalah Globe Asia.

Mooryati juga digelar Sarjana Perubatan Herba Indonesia kerana kepakarannya dalam menghasilkan jamu, yang kemudiannya menjadi salah satu bidang perniagaan yang diceburinya.

Mooryati juga adalah pengasas acara kecantikan Miss Indonesia sejak 1992.–Agensi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini