comscore
Tumpuan :
Dunia

Pengisytiharan Prabowo Subianto selaku Presiden Indonesia hari ini – KPU Indonesia

JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia, KPU secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari beberapa jam selepas Mahkamah Perlembagaan menolak usul undang-undang oleh dua lagi calon presiden yang kalah, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo.

Pengisytiharan presiden dan naib presiden yang dilantik terbabit akan dibuat di ibu pejabat KPU.

Prabowo dan calon gandingannya, Gibran Rakabuming Raka, memenangi pilihan raya dengan 58% undi, menurut pengiraan kebangsaan yang diumumkan pada 20 Mac.

Namun, perayaan kemenangan itu ditangguhkan, berikutan cabaran undang-undang daripada calon saingan, Anies dan Ganjar, yang menuntut supaya keputusan itu dibatalkan.

Kedua-dua calon terbabit mendakwa berlaku penipuan pengundian secara meluas, adanya pilih kasih, dan sokongan pemerintah yang dikatakan memihak kepada Prabowo dan pasangannya, Gibran, yang juga anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Dalam undian 22 April lalu, lima daripada lapan hakim Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa kedua-dua, Anies dan Ganjar gagal mengemukakan bukti yang kukuh, dan saksi yang boleh dipercayai, untuk menyokong dakwaan mereka, sekali gus menolak usul mereka secara keseluruhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini