comscore
Tumpuan :
Dunia

PM Palestin bentuk kabinet baharu

FOTO: Reuters

GAZA: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa juga akan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Luar.

Ia menerusi pembentukan kabinet baharu bagi kepimpinannya.

Menurut agensi berita Palestin WAFA, kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.

Mustafa, sekutu Presiden Mahmoud Abbas dan tokoh perniagaan terkemuka, dilantik sebagai Perdana Menteri bulan ini.

Ia hadir dengan mandat untuk membantu mereformasi Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang menjalankan pemerintahan sendiri terhad di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Beliau juga ditugaskan untuk mengetuai bantuan dan pembinaan semula Gaza yang telah hancur akibat perang lebih lima bulan.

Mohammad turut menjalankan tugas dua kali sebagai Menteri Luar, menggantikan Riyad al-Maliki yang telah berkhidmat dalam jawatan itu sejak 2009.

Abbas sebagai Presiden, kekal sebagai tokoh paling berkuasa dalam PA, melantik kerajaan baharu sebagai kesediaan untuk memenuhi tuntutan antarabangsa bagi perubahan dalam pentadbiran.

Beliau meluluskan kabinet Mohammad dengan pakar kewangan Omar al-Bitar sebagai Menteri Kewangan dan Muhamad al Amour, yang berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Peniaga Palestin, sebagai Menteri Ekonomi.

Beliau turut mengekalkan Ziad Hab al-Reeh, bekas ketua agensi perisikan dalaman PA, sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kabinet baharu yang merangkumi lapan menteri dari Gaza juga akan merangkumi seorang Menteri Negara untuk hal ehwal bantuan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini