comscore
Tumpuan :
Dunia

Rejim Zionis sasar teman permainan kanak-kanak dan pasar, 40 maut

GAZA: Lagi serangan kejam tentera rejim Zionis menyasarkan taman permainan kanak-kanak dan sebuah pasar sesak dengan orang ramai di Kem Pelarian Maghazi sehingga meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa.

Manakala tujuh lagi kematian termasuk empat kanak-kanak dicatatkan dalam bedilan tentera rejim di Kem Pelarian Yabna, di Rafah.

Hari yang sama turut menyaksikan 9 termasuk tujuh wakil kerajaan yang ditugaskan melindungi stok dan barangan bantuan kemanusiaan terbunuh dalam serangan di Gaza City.

FOTO: Reuters

Israel dalam kenyataannya mengesahkan, 40 lokasi menjadi sasaran dalam tempoh 24 jam.

Di Tebing Barat pula, Kumpulan Hak Asasi Manusia memberi amaran peningkatan skala dan intensiti serbuan tentera rejim dan serangan penduduk haram Yahudi.

Penduduk Palestin di tujuh penempatan telah diusir sejak Oktober lalu dengan kediaman mereka dimusnahkan.

Perang yang tercetus sejak 7 Oktober telah meragut lebih 34,000 nyawa dan mencederakan lebih 76,000 yang lain setakat ini – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini