comscore
Tumpuan :
Dunia

Tentera rejim kuasai sempadan Rafah

FOTO: Reuters

GAZA: Rejim Israel menguasai sempadan Rafah selepas kemaraan tenteranya malam semalam yang turut menyaksikan bedilan udara disasarkan ke penempatan penduduk di wilayah itu

Penguasaan Israel ke atas sempadan itu juga mengakibatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza terputus selepas pintu masuk utama ke Gaza dikawal sepenuhnya

Tindakan itu secara tidak langsung mengakibatkan Gaza terpinggir dari rantau itu.

Media Al Jazeera yang memetik penduduk tempatan melaporkan, tentera Israel membawa pelbagai kelengkapan senjata di timur Rafah.

FOTO: Reuters

Tempoh 12 jam lalu adalah terlalu sukar bagi penduduk susulan peningkatan keganasan dan kemusnahan di Rafah

Antara lokasi serangan rejim Israel termasuk Rafah City yang mengorbankan tiga nyawa.

Penduduk Palestin dalam pada itu bertungkus lumus meninggalkan Rafah selepas menerima arahan berpindah oleh rejim Israel semalam. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini