comscore
Tumpuan :
Dunia

UNHCR dedah 1.7 juta penduduk Gaza hilang tempat tinggal angkara Israel

Penduduk memeriksa kerosakan bangunan kesan pengeboman Israel ke atas Khan Yunis, selatan Gaza. – Foto Reuters

GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mendedahkan kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel yang berterusan, mengakibatkan pembunuhan 33,000 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita.

Bercakap pada sidang media di pejabat PBB di Geneva, jurucakap UNHCR, Ravina Shamdasani berkata bahawa “menyelesaikan situasi bencana yang dialami oleh orang awam di Gaza tetap menjadi keutamaan”, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dilaporkan Israel terus mengenakan sekatan haram ke atas kemasukan dan pengedaran bantuan kemanusiaan di Gaza dan Israel mengebom semua kawasan di Semenanjung Gaza.

Shamdasani berkata: “Terdapat kira-kira 1.7 juta orang yang kehilangan tempat tinggal secara paksa di Gaza. Orang-orang ini hidup dalam keadaan yang menakutkan dan di bawah ancaman yang berterusan.

Beliau menegaskan Israel, sebagai “kuasa pendudukan”, mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk memulihkan ketenteraman dan keselamatan awam di Tebing Barat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini