comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] UNSC undi permohonan penuh keanggotaan Palestin esok


NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) akan mengundi esok mengenai permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota penuh.

Keanggotaan itu akan mengiktiraf negara Palestin.

Palestin kini adalah negara pemerhati bukan ahli, pengiktirafan de facto terhadap kenegaraan itu diberikan dalam Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai oleh 193 anggota pada 2012.

Desakan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB dibuat ketika perang dengan Israel di Gaza bagi memperluas penempatan di Tebing Barat yang diduduki.

Jawatankuasa majlis keselamatan mengenai kemasukan ahli baharu terdiri daripada 15 ahli majlis.

Ia bersetuju dengan laporannya hari ini selepas bertemu dua kali minggu lalu untuk membincangkan permohonan Palestin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini