comscore
Tumpuan :
Jenayah

2 lelaki ditahan bersama 21kg heroin

 

Foto: NSTP

IPOH: Dua lelaki ditahan bersama heroin seberat 21 kilogram (kg) dalam kereta digunakan mereka dekat Jalan Medan Simpang, Taiping pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek berusia 41 dan 47 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di lokasi kejadian pada jam 11.15 malam.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam kereta suspek menemukan guni putih berisi 46 bungkusan plastik lutsinar mengandungi sejumlah dadah dipercayai jenis heroin seberat 21.037 kg yang dianggarkan bernilai RM262,275.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, aktiviti pengedaran dadah oleh suspek ini dipercayai mula aktif sejak Februari 2024 sehingga kini dengan bekalan dadah diperoleh dari kawasan utara Perak.

“Dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan di Perak.

“Dianggarkan jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 20,000 orang penagih dadah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Datuk Mohd Yusri berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek turut direman selama enam hari hingga 9 Mei bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek berusia 41 tahun bekerja sebagai nelayan manakala seorang lagi ialah pembantu kerja makan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati mereka berdua positif dadah jenis morfin selain turut mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes dadah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini