comscore
Tumpuan :
Jenayah

Buat laporan jika majikan ingkar

Serbuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kilang yang ingkar arahan menutup premis dan masih beroperasi.
Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Orang ramai dan pekerja diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan sekiranya masih ada majikan yang ingkar arahan perintah kawalan pergerakan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya akan mengambil tindakan susulan seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, MKN.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai serbuan oleh pasukan polis di beberapa kilang sekitar Johor Bahru yang dipercayai meneruskan operasi selepas perintah kawalan pergerakan dikeluarkan kerajaan.

Semalam tular di media sosial anggota menyerbu sebuah kilang dipercayai ingkar arahan menutup operasi susulan ancaman COVID-19.

Ayob Khan menegaskan, majikan serta orang ramai tidak harus keliru dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Justeru Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang engkar dengan arahan berkenaan.

Loading...
Terkini