comscore
Tumpuan :
Jenayah

JSJN Perak rampas dadah nilai lebih RM4 juta

 

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.- Foto: NSTP

IPOH: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas dadah bernilai lebih RM4 juta sejak awal tahun ini hingga semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah itu membabitkan tangkapan keseluruhan seramai 7,171 orang.

“Ia membabitkan seramai 946 orang ditangkap kerana membekal, 2,012 orang (memiliki), 48 orang mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan 4,165 orang ditangkap disebabkan positif ujian saringan air kencing.

“Bagi rampasan dadah pula, sebanyak 54.934 kilogram (kg) syabu bernilai RM 3.13 juta, 1.54kg ketamin (RM231,568.50), 0.328kg pil ecstasy (RM7,227), 0.592kg pil yaba (RM6,519.70), 1.157kg pil erimin 5 (RM51,760.48) dan 0.019kg kafein (RM6,587).

Foto: NSTP

“Selain itu, sebanyak 2.522kg ganja bernilai RM25,220.60 dan 40.911kg heroin (RM634,895.90) dirampas dalam tempoh sama” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Datuk Mohd Yusri, berkata, keseluruhan nilai sitaan harta bagi semua rampasan dadah berkenaan adalah RM4.24 juta.

“Bagi Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sebanyak 264 orang sudah dituduh di mahkamah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini