comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki warga Thailand ditahan miliki 500 pil kuda

Foto hiasan

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki warga Thailand disyaki memiliki 500 pil kuda dan dua botol plastik berisi serbuk heroin di Kampung Pachaka, Cherang Ruku, Pasir Puteh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada jam 7 malam di sebuah rumah tanpa nombor.

“Pemeriksaan terhadap lelaki itu menjumpai pil kuda seberat 50 gram (g) dan heroin seberat 9.17 g berkenaan yang dianggarkan bernilai RM6,100,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang positif terhadap dadah jenis Methamphetamine kini direman seminggu bagi siasatan di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini