comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis buru suspek pecah rumah di Tanah Merah

Foto hiasan

TANAH MERAH: Polis sedang memburu seorang suspek disyaki memecah masuk  dan melarikan wang tunai serta barangan berharga bernilai keseluruhan kira-kira RM5,000 dari sebuah rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau di sini, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Mohd Razi Rosli berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 32 tahun pada kira-kira pukul 9.30 malam.

“Suspek dipercayai melarikan diri bersama wang tunai anggaran nilai RM1,000, dua bentuk cincin emas, emas dengan berat satu gram, seutas jam tangan berjenama dan kunci rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razi berkata hasil pemeriksaan mendapati tingkap di bahagian pintu belakang rumah berkenaan telah terbuka dan ada kesan umpil pada cermin tingkap bilik tidur dan polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini