comscore
Tumpuan :
Jenayah

Samseng jalan raya ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki di Kota Damansara, dekat Petaling Jaya, selepas dipercayai menumbuk dan meludah kereta seorang lagi pemandu lain dalam perselisihan faham ketika menukar lorong dalam kejadian di Jalan Teknologi, Seksyen 6 Kota Damansara, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek berusia 61 tahun itu akan direman hari ini.

“Kita lakukan tangkapan seorang lelaki berusia 61 tahun di Kota Damasara, jam 7 malam tadi (semalam).

“Dia akan direman esok, (hari ini)” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Semalam, tular satu rakaman video berdurasi 55 saat yang memaparkan suspek yang berada dalam sebuah kenderaan lain menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.

Suspek kemudian bertindak memintas kereta mangsa dan memberhentikan kereta sebelum turun daripada keretanya dan terus menuju ke kereta mangsa.

Lelaki itu kemudian menumbuk cermin tingkap kereta mangsa beberapa kali selain cuba membuka pintu kereta mangsa dan turut mengarahkan mangsa untuk keluar. 

Mangsa tidak memperdulikan suspek dan terus merakam menyebabkan lelaki itu semakin berang sebelum meludah cermin tingkap kereta mangsa dan menumbuk cermin sisi kenderaan itu sebelum beredar.

Loading...
Terkini