comscore
Tumpuan :
Jenayah

SPRM Selangor tahan penguat kuasa minta rasuah bebaskan warga asing

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai penguat kuasa di negeri ini kerana dipercayai meminta wang rasuah bagi melepaskan seorang lelaki warga asing.

Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan di tempat letak kereta kompleks beli belah di sini sekitar jam 2 petang hari ini.

“Suspek dipercayai telah menghubungi dan meminta wang rasuah sekitar RM2,500 daripada seorang pengarah syarikat sebagai balasan bagi membebaskan seorang lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekerjanya,” katanya.

Tambah sumber itu, lelaki warga Bangladesh terbabit telah ditahan dalam satu operasi dijalankan agensi penguat kuasa di Shah Alam, minggu lalu.

Sementara tu, Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek.

Tambah Alias, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, esok bagi permohonan reman.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini