comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Tiga individu ditahan kes serang lelaki di Taman Liang Seng

KLUANG: Polis menahan tiga lelaki berumur 20 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan kes seorang lelaki tempatan diserang sekumpulan lelaki di Taman Liang Seng, dekat sini dua hari lalu.

Ketiga-tiga suspek ditahan semalam  susulan satu laporan polis yang dibuat mangsa pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, dua suspek ditahan di Jalan Ladang Nenas, Simpang Renggam manakala seorang lagi ditangkap di Iskandar Puteri.

Katanya, semakan rekod mendapati salah seorang suspek mempunyai dua kes jenayah lampau.

Bagaimanapun ketiga-tiga suspek negatif dadah.

Kes disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.

Kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini