comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Buruh warga Indonesia mengaku salah tikam pengawal keselamatan

KEMAMAN: Seorang buruh ladang warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menikam seorang pengawal keselamatan, April lalu.

Tertuduh, I Gede Purna Wijaya, 23 tahun, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) kudung kaki kiri, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Mengikut pertuduhan, pada 12.30 tengah malam, pada 20 april lalu, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Akmal Danial Mohd Zaid, 22 tahun, dengan cara menikam mangsa pada bahagian pinggul sebelah kiri menggunakan sebilah pisau.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Ladang Mawar di Bandar Seri Bandi.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 324 kanun keseksaan.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan bulan dengan denda sebanyak RM5,000.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman.

Sebelum ini seorang pengawal keselamatan cedera ditusuk dengan sebilah pisau dengan kedalaman hampir empat sentimeter.

Kejadian itu turut menyebabkan I Gede Purna putus kaki kiri selepas terjatuh dan digilis lori treller ketika cuba memanjat pagar lori yang sedang bergerak, berhampiran Plaza Tol Kijal, kerana cuba melarikan diri selepas menikam mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini