comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Mengaku perdagang isteri untuk seks

SEREMBAN:  Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita bagi tujuan eksploitasi seks, akhir bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 35 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan.

Menurut pertuduhan, tertuduh memperdagangkan seorang wanita berusia 35 tahun tiga bulan yang bukan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi seks pada 30 Oktober 2022, kira-kira jam 1.30 petang dalam satu bilik di sebuah hotel di daerah Kuala Pilah.

Dengan itu, tertuduh melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migram 2007 (Akta 670).

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung mencadangkan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh memandangkan mangsa pemerdagangan adalah isterinya sendiri.

Jika mahkamah mahu menawarkan jaminan, dia meminta satu jaminan yang tinggi ditetapkan termasuk syarat tidak mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat.

Pihak pendakwaan juga meminta mahkamah mengeluarkan perintah supaya identiti mangsa tidak didedahkan di mana-mana media atau berita.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tiada jaminan diberikan dan mengeluarkan perintah identiti mangsa tidak didedahkan di media.

Sementara itu, di kamar berlainan, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed atas pertuduhan hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan wanita sama pada 30 Oktober 2022, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara selama tempoh sehingga 15 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abu Hassan.Sebutan semula kedua-dua pertuduhan bagi pendengaran fakta kes dan rayuan pada 21 November 2022. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini