comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Menyamar sebagai polis, 2 penyamun ditahan

Foto: NSTP

PORT DICKSON: Menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan jenayah samun berkumpulan.

Itu taktik digunakan dua penjenayah yang aktif melakukan samun selepas berpura-pura menahan mangsa dan mahu membawanya ke balai polis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis menerima aduan mangsa seorang lelaki berusia 30-an mendakwa disamun dua lelaki di sini, pada 22 Mac lalu.

Menurutnya, mangsa mendakwa disoal siasat suspek ketika sedang menunggu seorang rakan yang terbabit dalam urusan pelaburan mata wang.

“Suspek berusia sekitar 30 hingga 40-an memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan mangsa mengikut mereka ke balai polis,” katanya

Menurutnya, suspek kemudian membawa mangsa menaiki kenderaan milik mangsa ke arah Pasir Panjang di sini.

“Sepanjang perjalanan, mangsa diikat dan mata juga ditutup menggunakan pita pelekat.

“Mangsa mengalami kerugian anggaran sebanyak RM10,000 membabitkan telefon bimbit dan komputer riba,” ujarnya.

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Bertindak laporan diterima, polis berjaya menahan dua lelaki di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut juga mendedahkan pembabitan seorang lelaki dikenali dengan panggilan ‘Balan’ yang masih bebas,” katanya.

Beliau meminta, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek yang masih bebas menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Ihsan Abd Samad di talian 013-3675257 atau Hotline IPD Port Dickson 06-646 2999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan bagi membantu kes.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini