comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pelajar kolej mengaku bersalah rogol gadis bawah umur

 

Foto: NSTP

MUAR: Seorang pelajar kolej dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan untuk setiap pertuduhan, atas kesalahan merogol gadis bawah umur yang dikenali melalui media sosial pada Mac dan April lalu.

Tertuduh, Muhammad A’azib Darwish Rosli, 19, sebelum itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, dengan tiga pertuduhan merogol mangsa berusia 13 tahun.

Dia mengaku bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah surau dalam daerah ini, kira-kira jam 3 petang pada 5 Mac lalu.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia sekali lagi mengulangi perkara sama di sebuah pondok dalam daerah ini, pada 5.30 petang, 20 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memutuskan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap, semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini