comscore
Tumpuan :
Kemalangan

2 beranak maut, kereta dinaiki bertembung lori

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta selepas bertembung dengan lori tangki di Jalan Tanjung Balau-Bandar Penawar. – FOTO: Ihsan Bomba

KOTA TINGGI: Seorang ibu dan anak yang baru berusia 3 bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua myvi dan lori tangki, di jalan Tanjung Balau-bandar penawar, tengahari semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengahari itu turut mencedera tiga lagi termasuk pemandu dan dua penumpang kereta berkenaan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Najwa Nurshahira Kamaruzaman, 28, dan anaknya Felkah Nurnadeera 3 bulan.’

FOTO: Ihsan Bomba

Menurut pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 1.38 minit tengahari.

Sebuah jentera bersama 8 anggota dari balai bandar Penawar dan Rengit bergegas ke lokasi diketuai pegawai bomba kanan dua, Azlan Mat Sani.

Katanya, sebaik tiba dilokasi mendapati seorang wanita di tempat penumpang hadapan telah tersepit bersama bayinya yang berusia 3 bulan.

FOTO: Ihsan Bomba

“Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan ibu dan anak terbabit. Malangnya kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan (KKM) yang berada dilokasi selepas dikeluarkan”katanya.

Mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala tiga lagi mangsa yang cedera terdiri dari pemandu kereta yang juga suami kepada mangsa yang berumur 30 tahun dan dua lagi anaknya masing-masing 5 dan 8 tahun dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

Pemandu lori berumur 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini