comscore
Tumpuan :
Nasional

3 maut, motosikal terbabas ke laluan bertentangan

BINTULU: Tiga lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mereka hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan, di Jalan Sultan Iskandar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, dalam insiden pada jam 4.20 pagi itu, kesemua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

“Siasatan yang dijalankan mendapati semasa kejadian, semua mangsa yang merupakan seorang penunggang dan pembonceng motosikal model Honda itu sedang bergerak dari arah kawasan lampu isyarat Batu 2 menghala ke pasar lama Bintulu,” ujarnya.

Sampai di kawasan lampu isyarat berhampiran selekoh bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), motosikal yang dinaiki kesemua mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan lalu terpelanting ke arah bertentangan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesemua mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini