comscore
Tumpuan :
Nasional

5 anggota polis direman 4 hari kes peras ugut RM1.25 juta

Foto hiasan

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Tiga pegawai kanan polis direman 4 hari bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan pemerasan sebanyak RM1.25 juta terhadap individu yang disiasat oleh mereka berhubung kes mata wang kripto.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Buletin TV3 mengesahkan dua lagi tangkapan baharu dibuat membabitkan seorang pegawai berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Sarjan.

Tambah beliau, semua tangkapan direman sehingga 7 Mei ini.

Semalam Tan Sri Razarudin memaklumkan
ketiga-tiga pegawai polis berusia antara 38 hingga 50 tahun berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan dan Inspektor yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, ibu negara.

Jelas beliau, siasatan awal yang dijalankan mendapati kesemua suspek menafikan penglibatan dalam kes yang disiasat.

Kes katanya disiasat siasatan pada masa ini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pemerasan dan boleh dihukum penjara selama 10 tahun dan atau denda atau sebatan.

Beliau berkata PDRM memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan sedang giat mengumpulkan segala maklumat, risikan serta bukti secukupnya bagi memastikan kesemua yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini