comscore
Tumpuan :
Nasional

Beberapa individu akan dipanggil berhubung artikel Forest City – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penerbitan artikel mengenai rancangan pembangunan kasino di Forest City, Johor.

Difahamkan setakat ini, ketua pengarang sebuah portal berbahasa Inggeris tempatan sudah dipanggil bagi dirakam percakapannya berhubung penerbitan artikel berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata proses merakam percakapan ketua pengarang portal berita berbahasa Inggeris itu dilakukan pada jam 8.30 pagi tadi.

“Beliau meminta untuk proses mengambil keterangannya dilakukan lebih awal dan siasatan lanjut masih dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.”

“Beberapa lagi individu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan berhubung siasatan berkenaan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, Razarudin meninjau beberapa reruai di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) 2024 di sini, hari ini.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa, Bloomberg mendakwa kerajaan mempertimbang meluluskan projek kasino di Forest City dan Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan serta Lim Kok Thay terbabit dalam perbincangan dengan pihak kerajaan.

Laporan itu disifatkan fitnah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Johor dan dua ahli perniagaan terbabit.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini