comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bukit Aman ambil alih siasat kes tiga pemain bola sepak negara


Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Bukit Aman membuat keputusan untuk mengambil alih siasatan kes yang melibatkan tiga pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

Ini kerana kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ia diklasifikasikan sebagai rentas kontinjen.

“Dalam dimensi lebih luas pihaknya ingin kaji sama ada serangan atas FAM sebulan lepas mempunyai kaitan juga dalam konteks serangan-serangan terhdap pemain kebangsaan ini,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut beliau lagi modus operandi (MO) suspek terhadap ketiga-tiga kes juga sama iaitu selang dua hari, dilakukan suspek secara berpasangan, dan mangsa diikuti sebelum serangan dibuat.

Pihaknya bagaimanapun masih mengenal pasti motif.

“Motif tidak dapat lagi. Serangan pertama menyebabkan kerugian, kedua kecederaan dan yang ketiga juga kerugian kerosakan kenderaan,” jelasnya.

Katanya daripada ketiga-tiga kes ini, dua supek telah ditahan.

Suspek pertama ditahan dua hari dan telah dibebaskan, manakala suspek kedua masih ditahan reman sehingga 11 Mei ini.

Bagi kes kedua yang melibatkan Faisal yang disimbah asid, 10 orang telah diambil kenyataan.

“Kes kedua sedang tunggu beberapa laporan khususnya laporan kimia berkaitan asid yang digunakan. Saya juga tunggu laporan bagaimana kecederaan tahap 2 merebak ke tahap 4, ia berkemungkinan disebabkan kandungan cecair kimia itu, itu siasatan hasil perolehan barang,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan pemain bola sepak liga kebangsaan yang lain supaya lebih berhati-hati, dan ambil langkah berjaga-jaga sekiranya merasakan ada sesuatu yang di luar kebiasaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini