comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua maut dalam kemalangan di Kuala Krai

 

KUALA KRAI: Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini, hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khairul Duha Abd Halim, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.44 petang.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai bergegas ke tempat kejadian.

“Sebuah kereta terbabas dan terbalik. Mangsa lelaki tersepit dan dibawa keluar pada jam 4.11 petang. Mangsa wanita pula tercampak keluar dari kereta.

“Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini