comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua rumah terbakar, warga emas cedera 

KOTA BELUD: Kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, di sini, petang tadi menyebabkan seorang wanita warga emas melecur.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Syazwan Latun memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.20 petang.

Susulan itu seramai sembilan anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kota Belud dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran membabitkan dua rumah. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan dari sumber air jentera.

“Kedua-dua rumah musnah sepenuhnya. Terdapat seorang wanita berusia 60 tahun dilaporkan melecur dan mangsa diberi rawatan lanjut,” katanya.

Katanya kebakaran dapat dikawal jam 6.22 petang dan api padam sepenuhnya jam 7.33 malam.

“Punca kebakaran dalam kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini