comscore
Tumpuan :
Nasional

Fenomena Lahaina Noon, bayang-bayang tidak kelihatan

Tiang penghalang laluan hampir tidak kelihatan bayang-bayangnya ketika tinjauan fenomena ‘Lahaina Noon’ di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Negara sedang mengalami fenomena Lahaina Noon, iaitu bayang-bayang seseorang hampir tidak kelihatan yang diunjurkan berlaku pada jam 1.18 tengah hari.

Tinjauan di Dataran Merdeka menyaksikan rata-rata pengunjung luar dan tempatan kurang menyedari mengenai fenomena berkenaan, sebaliknya mereka melakukan kegiatan biasa dengan merakam gambar sebagai kenangan.

Dalam masa yang sama, kemungkinan keadaan awan yang ada kalanya mendung dan panas pada waktu tertentu tidak dapat menunjukkan dengan jelas keadaan bayang-bayang hampir tiada ketika itu.

Bagi pelajar, Adlina Johari, 21, beliau tidak menyedari perubahan dan fenomena berkenaan memandangkan cuaca ketika ini panas seperti biasa.

“Setiap hari saya rasakan sama saja memandangkan cuaca ketika ini panas dan ada kalanya mendung sekejap.

“Bagaimanapun saya teruja apabila mengetahui berkenaan fenomena ini dan akan cuba untuk melihat bagaimana keadaan apabila tiada bayang-bayang itu,”katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Rata-rata pengunjung yang berada di situ merakam gambar dan kebanyakannya pengunjung luar seperti dari China.

Fenomena Lahaina Noon yang berlaku dua kali dalam setahun meliputi kawasan yang terletak di antara garisan Sartan dan Jadi.

Secara geografi asas, Sartan atau Tropic of Cancer serta lawannya, iaitu Jadi atau Tropic of Capricorn terletak masing-masing garisan latitud 23 darjah utara dan 23 darjah selatan.

Kedua-duanya had lingkungan maksimum zenith dan turut berlaku di Makkah apabila matahari melintasi tepat atas Kaabah yang dirujuk falak sebagai Istiwa A’dzam.

Sementara itu, di Masjid Putra pula ia akan menyaksikan bayang-bayang seluruh dunia menghala tepat di menara masjid ikonik Putrajaya itu tiga minit sebelum azan Zohor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini