comscore
Tumpuan :
Nasional

Graduan UTAR jadi penuntut cina tunggal tamat latihan komando di Pulpak

 

FOTO: Berita Tentera Darat Malaysia / Facebook

KUALA LUMPUR: Leftenan Muda Chan Ming Youn, 25, menjadi penuntut tunggal berbangsa Cina yang berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Komando selama 12 minggu di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Sungai Udang, Melaka.

Menerusi video yang dikongsi di Facebook oleh Berita Tentera Darat Malaysia, anak kelahiran Setapak, di sini itu dianugerahkan Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando pada majlis Penutup Kursus Asas Komando di PULPAK semalam.

Penganugerahan  Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando itu disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah.

FOTO: Berita Tentera Darat Malaysia / Facebook

Mengulas mengenai kejayaan itu, Chan berkata minat untuk menyertai latihan komando itu timbul selepas mengikuti program Askar Wataniah dan dia ingin membuktikan bahawa seorang Askar Wataniah juga boleh menjadi komando.

Pelajar jurusan perakaunan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu berkata keanggotaannya di Rejimen 515 Askar Wataniah itu juga telah meningkatkan minat untuk menimba lebih banyak ilmu berkaitan ketenteraan.

Leftenan Muda Chan Ming Youn, 25. FOTO: Berita Tentera Darat Malaysia / Facebook

“Matlamat saya adalah untuk terus berkhidmat dalam komando dan menambah ilmu, seterusnya menjalani kursus kepakaran serta menjadi seorang komando yang berkualiti dan sentiasa menjaga nama baik pasukan ini hingga akhir hayat saya,” katanya dalam video berkenaan.

Sembilan pegawai dan 60 anggota lain-lain pangkat berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu itu.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini