comscore
Tumpuan :
Nasional

Hampir 15,000 meriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Terengganu

KUALA NERUS: Hampir 15,000 pengunjung memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini, hari ini.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata penganjuran majlis peringkat Terengganu itu bertujuan memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Majlis ini membolehkan pemimpin bertemu dan beramah mesra dengan rakyat di Terengganu tanpa mengira latar belakang.

“Kita berkumpul bersama dalam suasana harmoni, selain membina jalinan perpaduan bersama Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita pada majlis itu.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pada majlis itu, Johari berkata, rakyat Terengganu juga berpeluang mengenali fungsi, peranan serta perkhidmatan Kementerian Perladangan dan Komoditi secara lebih dekat melalui informasi serta pameran interaktif yang disediakan.

“Perkhidmatan kaunter disediakan termasuklah berkaitan sektor agrikomoditi serta promosi program pembangunan kapasiti dan modal insan.

“Program itu dijalankan melalui kursus peningkatan kemahiran bawah Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini