comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Helikopter terhempas: Ija janji nak balik Jumaat ini – Bapa


Oleh: Kumaran Rajamoney

YAN: “Ija janji nak balik Jumaat ini”.

Bapa, Anuar Hassan 73 tahun

Janji itu bagaimanapun menjadi kenangan terakhir keluarga kepada Allahyarham Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar, yang sebelum ini berniat membawa bapanya Anuar Hassan mendapatkan rawatan kesihatan di Alor Setar, Kedah.

Ketika ditemui, bapanya berkata, Allahyarham tidak akan pulang selama-lamanya, selain berasa sedih dengan kehilangan anaknya itu.

Allahyarham Noor Rahiza adalah anak ketiga daripada lima beradik dan manja dengan panggilan Ija, menjadi begitu rapat dengan bapanya yang menghidap penyakit jantung dan Parkinson sejak kematian ibunya tahun lalu.

Bahkan, bil rawatan bapanya yang mencecah RM500 sebulan, semuanya dibiayai Allahyarham Noor Rahiza.

Aidilfitri lalu, Allahyarham Noor Rahiza dilihat teruja sehingga segala persiapan seperti menukar langsir baharu dan memasak pelbagai juadah isitimewa dilakukannya.

“Ya dia macam teruja sangat nak beraya, dia panggil semua mai mai duduk sini, mai duduk kat kerusi nak beraya lepas tu buat video. Sebelum ini tak macam tu.”

“Kuey teow kari, itu menu terakhir dia tu. Kalau kita suruh buat, malas. Tapi tahun ni dia yang buat sendiri. Bangun awal pagi dia buat sendiri untuk hari raya”, jelas abangnya Abdul Latif Anuar.

Jenazah Allahyarham Noor Rahiza dijangka akan dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya yang meninggal tahun lalu, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat.

Allahyarham meninggalkan seorang suami yang juga anggota tentera, 4 orang anak berusia 6 hingga 16 tahun termasuk sepasang kembar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini