comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter terhempas: Jenazah Noor Rahiza selamat dikebumikan

Bapa arwah, Anuar Hassan (duduk  atas kerusia roda) selepas selesai pengebumian anaknya, Noor Rahiza Anuar di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat. – Foto: NSTP

YAN: Jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, selamat tiba di Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, di sini pada jam 9.07 malam hari ini.

Terdahulu van yang membawa jenazah Noor Rahiza tiba dari Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh itu singgah di rumah bapa arwah di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni, di sini pada jam 8.40 malam untuk penghormatan terakhir ahli keluarga dan sanak saudara.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat, di sini dengan penuh istidat ketenteraan selepas solat jenazah sekali lagi di Masjid Haji Nyak Gam.

Lebih 500 orang hadir termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan ketika pengebumian jenazah Noor Rahiza.

Turut mengiringi jenazah, suami arwah, Mohd Azinor Azizan serta keempat-empat orang anak mereka; pasangan kembar Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor, 16, Muhammad Qisti Afif, 15, dan Nur Qisina Balqis, 6.

Bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) delegasi diketuai Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan, Laksamana Pertama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Azhar Adam.

Jenazah dikebumikan berhampiran pusara ibunya, Ratipa Yahaya jam 9.55 malam.

Selesai majlis, Azhar menyerahkan bendera TLDM kepada Mohd Azinor sebagai simbolik kepada penghargaan dan pengorbanan Allahyarham ketika berkhidmat dalam pasukan tentera laut.

Dalam kejadian jam 9.03 pagi semalam, 10 pegawai dan anggota TLDM terkorban dalam nahas membabitkan dua buah helikopter yang bertembung dan terhempas ketika melakukan raptai di Kem TLDM Lumut, Perak.

Terdahulu semua lapan jenazah daripada mangsa beragama Islam termasuk jenazah Noor Rahiza dibawa ke Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah sebelum dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk dikebumikan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini