comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, ribut petir di 10 negeri sehingga 9 malam ini

KUALA LUMPUR: Amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di 10 negeri termasuk seluruh Perlis selain Rompin di Pahang dan Hulu Langat di Selangor sehingga jam 9 malam ini.

Selain Limbang di Sarawak, Jabatan Metorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan kawasan pedalaman di Sabah iaitu Sipitang dan Beaufort selain Pantai Barat (Papar dan Tuaran) turut menerima amaran sama.

Agensi itu berkata, di Semenanjung, amaran itu dikeluarkan bagi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala Pulau Pinang pula membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Perak, antara kawasan yang menerima amaran itu termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, di Negeri Sembilan, amaran cuaca itu dikeluarkan bagi Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala Johor membabitkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing,” katanya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini