comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Imigresen Johor berkas 2 ahli sindiket ‘pasport terbang’

 

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor memberkas 2 lelaki terdiri dari warga Pakistan dan India dalam Ops Serkap, di bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, Ahad lalu.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, kedua-dua suspek yang berumur 30 dan 35 tahun ditahan di dua lokasi berbeza dalam kompleks BSI, jam 6 petang ketika disyaki sedang mencari pelanggan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati sindiket itu yang aktif sejak dua tahun lalu, mensasar warga Pakistan dan India yang mempunyai masalah melanjutkan permit kerja dan pas lawatan sosial.

“Modus operandi sindiket ini pelbagai, merekamenggunakan kecanggihan teknologi maklumat seperti melalui whatapps, kadang-kadang penyampaian mulut ke mulut, benda ini tersebar tapi tidaklah sehingga iklan. Mana mana warganegara yang mempunyai masalah memperbaharui atau tamat tempoh dan sebagainya akan terpikat menggunakan khidmat sindiket ini” katanya pada sidang media, di Johor Bahru, pagi tadi.

Sindiket itu mengenakan bayaran antara RM650 hingga RM3,000 bagi satu permohonan mendapatkan cop palsu pas lawatan sosial dan permit kerja.

Ujarnya, pemeriksaan mendapati suspek warga India tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kedua-duanya suspek telah ditahan reman selama 14 hari bermula tarikh ditangkap bagi membantu siasatan.

Susulan penahanan itu pihaknya merampas lima pasport India, enam pasport Pakistan, wang tunai lebih RM3,400, matawang asing pelbagai negara, empat buah telefon bimbit serta menyita sebuah kereta Toyota Altis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5(1)(I) Seksyen 56 (1A)( a), seksyen 56(1A)(b) Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen serta Seksyen 12 (1)(f), Akta Pasport 1966 (Akta 150).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini