comscore
Tumpuan :
Nasional

Instagram Muhammad Imran Suresh akaun palsu – Polis

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Hasil semakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas laman sosial Instagram Muhammad Imran Suresh mendapati akaun itu adalah palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain, berkata individu berkenaan dilihat cuba mengganggu dan mencetuskan persepsi negatif berhubung kejadian simbah asid ke atas tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

“Selepas kita siasat, kita dapati akaun Instagram Muhammad Imran Suresh berkenaan adalah palsu. Kita juga sedang memantau semua akaun di media sosial dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kita tidak boleh memberi ruang kecil untuk mereka ini ambil kesempatan untuk merosakkan keadaan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.

Beliau berkata, setakat ini, tiada laporan diterima pihaknya terhadap mana-mana akuan media sosial yang mencetuskan spekulasi dan membuat hantaran berbaur kebencian terhadap mana-mana pemain bola sepak.

“Kita ada kenal pasti beberapa akaun media sosial, dan kita dapati akaun-akaun ini sekejap ada sekejap tiada. Jika kita dapat ia terus buat spekulasi tidak bertanggung jawab, kita akan panggil. Jika ada laporan, kita akan siasat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini