comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu berkaitan pembiayaan keganasan antara yang dibincang dalam pertemuan Saifuddin dan Brian Nelson

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

BANGI: Isu berkaitan pembiayaan keganasan serta maklumat berhubung pertubuhan, syarikat serta individu yang dikatakan berada di negara antara perkara dibincang dalam pertemuan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Setiausaha Perbendaharaan bagi Keganasan dan Risikan Kewangan, Amerika Syarikat, Brian Nelson.

Menurut Datuk Seri Saifuddin, Amerika Syarikat meletakkan keutamaan kepada perkara tentang berkaitan keganasan.

“Pertama kita mendengar perkongsian maklumat yang disampaikan di pihak Amerika Syarikat dan mereka turut memberikan perincian terhadap beberapa perkara sama ada terkait dengan pertubuhan, individu ataupun syarikat yang dikatakan berada di Malaysia”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri  Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi Anti-Dadah Kebangsaan AADK di sini hari ini.

“Mereka bertanyakan tentang komitmen kita terhadap usaha membanteras tentang financial terrorism, kita sebut dari sudut komitmen serantau kita di peringkat ASEAN ataupun di peringkat global ataupun di peringkat polisi di peringkat KDN sekalipun”

Tambahnya dalam pertemuan itu beliau juga menegaskan pendirian Malaysia yang hanya mengiktiraf sekatan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Maknanya, dalam kata lain, saya menyebut bahawa menjadi pendirian dasar kita bahawa kita tidak mengiktiraf sekatan yang dibuat oleh individu, negara. Jadi kita jelaskan”

Katanya dalam perkara terbabit delegasi Amerika Syarikat berkenaan menghormati pendirian Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini